Thursday, October 23, 2008

DIARI 13: PERJUMPAAN MINGGUAN

"Ingatlah orang yang tersayang"

Alhamdulillah, perjumpaan mingguan bersama penyelia (Dr. Siti Fatimah Mohd Yassin) telah diadakan pada Khamis (23 Oktober 08) di makmal komputer Fakulti Pendidikan jam 4.00 petang. Segala maklumat, pandangan dan kritikan telah diluahkan pada perjumpaan tersebut dan natijahnya beberapa kelemahan perlu diperbaiki agar blog yang dihasilkan akan dapat menepati ciri-ciri atau kriteria yang telah ditetapkan.

Antara pesanan Hajah...
1) Jadikan hari ini lebih baik baik daripada hari semalam. Semestinya hari esok akan lebih baik!!
2) Penambahbaikan mesti diteruskan untuk mendapatkan hasil yang terbaik.
3) Amalkan sikap tolong-menolong antara sesama rakan-rakan Group Ilmiah 2008.
4) Banyak lagi...amat rugi sesiapa yang tidak hadir tanpa alasan yang kukuh. Ayuh rakan-rakan kita bersama-sama muhasabah atau koreksi tugasan yang telah dilakukan selama ini.

Setinggi-tinggi penghargaan buat Hajah (Dr. Siti Fatimah Mohd Yassin) dan rakan-rakan di atas kesudian membimbing dan memberikan nasihat, komen, kritikan yang membina dan pandangan untuk "melahirkan" blog yang menepati ciri-ciri atau kriteria yang telah ditetapkan. Terima kasih untuk segala-galanya.