Pembentangan kemajuan semasa telah dilakukan di hadapan penyelia (Dr. Siti Fatimah Mohd Yassin) pada Selasa (21 Oktober 08) di makmal komputer Fakulti Pendidikan jam 8.00 malam. Alhamdulillah, pembentangan dapat dilakukan dengan sebaik mungkin namun terdapat beberapa kelemahan dan kekurangan yang perlu diperbaiki dari semasa ke semasa.
Antara kelemahan atau kekurangan yang perlu diperbaiki ialah:
1) Tajuk bagi setiap topik atau subtopik mestilah santai dan sesuai untuk semua peringkat usia khususnya para pelajar.
2) Blog P&P yang dihasilkan mestilah bersifat interaktif bagi meningkatkan sikap inkuiri dikalangan para pelajar untuk mendapatkan maklumat daripada blog tersebut.
3) Bahan atau maklumat yang dipaparkan mestilah jelas, menarik dan bertunjangkan kepada sembilan (9) standard pemikiran khususnya dalam aspek kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif.
4) Isi kandungan mestilah mempunyai rujukan yang sahih supaya para pelajar akan memperolehi maklumat yang tepat.

InsyaAllah, penambahbaikan blog P&P dan blog-blog yang lain akan dilakukan dalam masa yang telah diberikan dengan sebaik mungkin. "Aja-aja Fighting!!"
No comments:
Post a Comment