Gajah??
“Gajah ini bentuknya panjang. Macam batang buluh. Tapi lembut sedikit berbanding buluh”, kata si buta yang meraba belalai gajah.
“Eh, kamu biar betul, aku rasa gajah ini bentuknya macam talam. Lebar dan luas”, bantah si buta meraba telinga si gajah.
“Aku yakin gajah tidak begitu. Gajah pada pengamatan aku bentuknya macam kawah nasi. Lebar dan gendut, macam-macam boleh isi”, tegas si buta tiga yang meraba perut gajah berkenaan.
Akhirnya ketiga-tiga orang buta itu terus berbalah sesama mereka kerana mereka cuba menghuraikan tentang rupa gajah berdasarkan bahagian yang diraba, tanpa meraba keseluruhan tubuh badan si gajah malang itu.
Teraba-raba?
Masa semakin suntuk dan ruang persediaan untuk menghadapi peperiksaan semakin singkat. Semakin banyak bebanan seolah-olah hidup ini semakin terumbang-ambing. Namun ianya bukanlah alasan untuk menghalang diri saya bagi meneruskan kehidupan ini tanpa mengabaikan segala tanggungjawab yang telah diamanahkan. Saya mesti merancang dan menguruskan masa dengan sebaik mungkin tanpa terus "teraba-raba" seperti tiga orang buta yang saling bercakaran ketika meneka bentuk gajah yang sebenarnya. Gerak kerja projek Latihan Ilmiah 2008 tetap diteruskan tanpa meminggirkan tugas utama iaitu membuat persiapan untuk menghadapi peperiksaan akhir semester yang akan bermula seminggu sahaja lagi. Semoga Allah permudahkan segala urusan di dunia dan di akhirat. Ameen...
No comments:
Post a Comment