Thursday, October 30, 2008

SYAFAWI @ 'ORAL'

"Tembak!!"

Syafawi atau 'oral' merupakan ujian lisan yang saya lalui dalam tempoh seminggu ini. Sebanyak dua ujian lisan yang dijalankan oleh pensyarah iaitu subjek Tarannum al-Quran (27 Oktober 08) dan Pengajian Qiraat (31 Oktober 08). Bukan mudah untuk menghadapinya kerana ia dijalankan dalam tempoh 'study week' dan gerak kerja Latihan Ilmiah 2008. Namun, persediaan mestilah sentiasa dilakukan dan bersiap sedia pada bila-bila masa sahaja. Saya dan rakan terpinga-pinga untuk menghadiri syafawi bagi Pengajian Qiraat disebabkan makluman ujian tersebut dilakukan pada saat-saat akhir semester. Inilah hakikat dugaan dan cabaran yang mesti didepani dengan DUIT (Doa + Usaha + Ikhtiar + Tawakkal). Semoga Allah permudahkan segala urusan kita semua di dunia dan di akhirat. Ameen & best of luck my friends!!


No comments: