Sunday, October 26, 2008

DIARI 16: CUTI 'STUDY WEEK'

"Study week"

Cuti 'study week' telah pun bermula pada 27 Oktober 08 hingga 2 November 08. Hal ini membuktikan bahawa peperiksaan akhir semester akan bermula seminggu sahaja lagi. Ketegangan dan kehangatan bahang 'study smart' dan 'study hard' semakin dirasai lebih-lebih lagi seandainya persiapan belum dilakukan untuk menghadapi fenomena tersebut.

Antara perancangan dan aktiviti yang telah dirangka ialah:
1) Muhasabah keseluruhan diari semester.
(Kekuatan, Kelemehan, Peluang dan Cabaran)

2) Semakan nota-nota kuliah dan tutorial.
3) Ulangkaji setiap subjek (topik dan sub-topik).
4) Semakan projek Latihan Ilmiah 2008.
5) Peningkatan penjagaan kesihatan mental dan fizikal.
6) Dan beberapa urusan peribadi yang perlu diselesaikan.


Semoga pengurusan masa dan diari kehidupan seharian akan lebih bertambah baik seiring dengan peningkatan tugasan dan bebanan yang telah dipikul selama ini. InsyaAllah...


"Teruskan perjuangan"


No comments: