“Jadikan Hari Ini Lebih Baik Daripada Semalam”
“Jadikan Hari Ini Lebih Baik Daripada Semalam” merupakan natijah yang terbaik setelah berlabuhnya tirai Madrasah Ramadhan dan keindahan 1 Syawal. Oleh itu, marilah kita bersama-sama mendidik jiwa dengan “natijah” tesebut dengan menimba ilmu pengetahuan dengan bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan yang gemilang di dunia dan di akhirat. Ameen…
“Penilaian Kendiri @ Koreksi”
Beberapa agenda yang telah dirangka telah tergendala dan mengalami sedikit masalah disebabkan beberapa kelemahan infrastruktur yang ketara. Namun demikian ianya bukan halangan utama bagi saya untuk mengumpul bahan dan maklumat yang berkaitan dengan Projek Latihan Ilmiah 2008 dan seterusnya menyiapkannya dalam tempoh masa yang telah ditetapkan. Walaupun begitu, saya akur akan kelemahan diri dan sikap peribadi yang menjadi salah satu aspek utama yang menyebabkan beberapa tugasan telah tergendala buat sementara waktu. Oleh yang demikian, saya telah menetapkan beberapa jalan penyelesaian untuk mengatasi segala kekurangan dan kelemahan tersebut setelah melakukan penilaian kendiri dan koreksi (muhasabah) secara menyeluruh terhadap segala tugasan yang berkaitan dengan Projek Latihan Ilmiah 2008. “Jadikan Hari Ini Lebih Baik Daripada Semalam” …InsyaAllah.
No comments:
Post a Comment