Friday, October 31, 2008

LANGKAH DEMI LANGKAH

"Langkah Demi Langkah"

Langkah Pertama

Alhamdulillah, selesai sudah ujian lisan (syafawi @ 'oral') bagi dua subjek (Tarannum al-Quran dan Pengajian Qiraat), maka langkah pertama telah dimulakan dengan jayanya sebelum menghadapi peperiksaan akhir bagi semester ini pada awal minggu hadapan. Semoga Allah mempermudahkan langkah-langkah yang seterusnya. InsyaAllah & ameen...

Langkah Seterusnya

Walaupun langkah pertama telah dilaksanakan dengan sebaik mungkin, namun langkah yang seterusnya mestilah lebih baik dan meningkat dari semasa ke semasa. Terdapat beberapa gerak kerja yang harus dilaksanakan pada lewat minggu ini sebelum bermulanya minggu hadapan. Antaranya ialah:
1) Kemaskini kembali nota-nota bagi semua subjek.
2) Peningkatan kefahaman dan hafalan (konsep, fakta, huraian, dalil dan contoh).
3) Pengumpulan bahan-bahan dan maklumat bagi gerak kerja Latihan Ilmiah 2008 (blog P&P).

Doa Dan Harapan

Semoga rahmat dan redha Allah terus memayungi kita semua untuk meneruskan langkah demi langkah. Kekuatan mental dan fizikal memainkan peranan yang penting untuk mendepani segala cabaran dengan sebaik mungkin. InsyaAllah...


No comments: