Thursday, September 04, 2008

TIRAI REFLEKSI

Sireh Pinang Pulau Mutiara..
Awal Bismillah Pembuka Bicara..
Assalamualaikum w.b.t dan Salam Mesra Abadi.

Alhamdulillah syukur dipanjatkan kepada Allah s.w.t dan salam selawat junjungan buat Nabi Muhammad s.a.w kerana hasrat dan wawasan peribadi untuk 'melahirkan' Diari Refleksi telah berhasil dengan izinNya. Jutaan terima kasih diucapkan kepada Dr. Siti Fatimah Binti Mohd Yassin dan Dr. Saemah Binti Rahman di atas kesudian menyelia dan membimbing projek latihan ilmiah ini tanpa mengenal erti penat dan jemu. Segala jasa budi baik mahaguru hanya Allah s.w.t sahaja yang mampu membalasnya.

Untuk makluman kalian semua, laman ini dibina berdasarkan kepada projek Ilmiah 2008 yang telah diamanahkan untuk direalisasikan sebagai laman yang akan dapat melakarkan segala gerak kerja dan refleksi yang telah dilalui selama tugasan ini dijalankan. Segala maklumat yang akan dipaparkan merupakan hasil gerak kerja latihan ilmiah individu, bimbingan dan tunjuk ajar penyelia serta perbincangan bersama rakan-rakan Ilmiah 2008.

InsyaAllah segala pengetahuan dan pengalaman akan dikongsi bersama-sama dengan kalian semua. Mudah-mudahan laman ini akan mendatangkan manfaat yang cukup lumayan bagi merintis segala cabaran dan dugaan dalam arena pendidikan khususnya dalam bidang Pendidikan Islam dan Pendidikan al-Quran. Saya berharap agar usaha kecil murni ini akan dinilai sebagai 'mahar cinta' kepada Tuhan yang Maha Esa. Salam kejayaan!!

No comments: