Panduan Perancangan dan Pelaksanaan Kajian
- Penggunaan sumber maklumat dari      laman web dalam pengajaran dan pembelajaran merupakan satu cabaran besar      kepada guru-guru.  Walaupun sumber maklumat mudah dicapai, tetapi      ledakan  maklumat yang terdapat dalam  pelbagai laman web telah      menyebabkan guru dan pelajar sukar untuk memilih sesuai, menilai dan      menggunakannya dalam pengajaran dan pembelajaran.  
- Justeru, guru novis perlu      mempunyai kemahiran berfikir tinggi untuk memastikan maklumat yang      terdapat dalam laman-laman web adalah sahih dan boleh digunakan untuk      tujuan pengajaran dan pembelajaran.  
- Dengan itu, satu mekanisma untuk      penganalisisan dan penilaian bahan-bahan sumber maklumat dari laman-laman      web perlu diwujudkan.  Seterusnya sumber maklumat tersebut boleh      diintegrasikan dalam pengajaran dan pembelajaran supaya pembelajaran      bermakna  dengan teknologi maklumat dan komunikasi boleh      dilaksanakan. 
- Untuk kajian ini, anda perlu      mengaplikasikan ilmu-ilmu ikhtisas yang telah dipelajari seperti:
- Komputer Dalam Pendidikan (yang       terkini anda perlu ada blog sendiri); 
- Psikologi Pendidikan; 
- Teknologi Pendidikan; 
- Pengalaman semasa menjalani       latihan mengajar; kaedah Pendidikan Islam / al-Quran; 
- Pengukuran Penilaian;  
- Kemahiran Berfikir Dalam Pendidikan (ilmu tambahan – standard pemikiran –dan anda perlu baca dan       faham dan bincang dalam yahoogroup tentang Intelectual standard.  Dr Saemah akan memantau tahap kefahaman anda tentang Intelektual standard       ini)
Tajuk Latihan Ilmiah:
PENGINTEGRASIAN SUMBER MAKLUMAT DARI LAMAN WEB UNTUK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (PILIH SATU TAJUK YANG BERKAITAN DENGAN PENDIDIKAN ISLAM / PENDIDIKAN AL-QURAN)
Daripada: Dr. Siti Fatimah Mohd Yassin dan Dr. Saemah Rahman
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

No comments:
Post a Comment