Panduan Proses Kajian - Mencari, Memilih dan Menilai
  
Sehingga tahap ini anda telah pun mempunyai tajuk dan mempunyai blog. Untuk kajian ini anda akan mempunyai sekurang-kurangnya 3 blog yang berasingan.
  
- Blog      peribadi/personal (optional)
- Blog tentang      proses anda menjalani latihan ilmiah (anda perlu mencatatkan refleksi      setiap proses yang ada lalui semasa membuat latihan ilmiah ini (proses      kajian dan refleksi metakognitif)
- Blog tentang      laman-laman web yang berkaitan dengan tajuk anda yang telah dipilih dan      dinilai berdasarkan standard pemikiran (pemikiran kritikal)
- Blog tentang      pengajaran dan pembelajaran tajuk anda (pemikiran kreatif anda)
  
Jangan terlalu menekankan soal estetika atau kosmetik blog pada ketika ini kerana tugas yang penting dan kritikal pada saat ini ialah seperti berikut:
  
- Tugas anda pada      ketika ini untuk membaca, mengetahui, memahami dan mengaplikasikan      pengetahuan tentang pemikiran kritikal melalui artikel yang telah diupload.
- Mencari, memilih      dan menilai laman-laman web berdasarkan kriteria standard pemikiran.
- Cari      sekurang-kurangnya 50 laman web yang berkaitan dengan tajuk anda sama ada      dalam bahasa Melayu, Indonesia dan English.
- Anda perlu menganalisis dan menilai kandungan laman-laman web berkenaan berdasarkan      standard pemikiran. Buat table/jadual untuk memudahkan anda membuat      statistik deskriptif dari segi peratus laman web yang ada telah cari,      pilih dan nilai yang memenuhi kriteria. 
- Anda juga perlu      membuat ulasan ringkas kandungan berdasarkan kriteria penilaian berasaskan      standard pemikiran.  
- Semasa proses      ini dijalankan anda boleh create satu blog yang khusus dengan      menyenaraikan laman-laman web berkenaan serta ulasan.  Kerana anda      akan membuat pautan kepada blog berkenaan dari blog tentang pengajaran dan      pembelajaran tajuk anda. (Ini yang dikatakan pengintegrasian sumber      maklumat laman web dalam pengajaran dan pembelajaran tajuk anda).
- Semasa anda      menganalisis kandungan laman-laman web  yang dikemukakan oleh penulis      lain, anda juga perlu mengambil iktibar dari kelemahan-kelemahan laman-laman      web berkenaan supaya semasa anda membangunkan blog tentang tajuk anda ia      tidak diulangi. Ia juga menjadi catatan dalam blog latihan ilmiah sebagai      refleksi.
  
"Proses ini dilakukan dalam tempoh 2 minggu dari tarikh hari ini. Saya harap semasa perjumpaan minggu depan anda telah telah melalui proses ini dan jika ada masalah kami (Dr Saemah dan saya) akan jelaskan pada  perjumpaan khamis depan  11 sept 08."
Daripada: Dr. Siti Fatimah Mohd Yassin dan Dr. Saemah Rahman