Saturday, November 29, 2008

DIARI 40: MAKLUMAN TUGASAN PERIBADI DAN GROUP ILMIAH 2008

Alhamdulillah, beberapa tugasan peribadi dan group Ilmiah 2008 yang diamanahkan oleh penyelia (Dr. Siti Fatimah Mohd Yassin) telah dapat dilaksanakan dengan sebaik mungkin mengikut perancangan yang telah ditetapkan.

Antara tugasan yang perlu dimasukkan ke dalam fail peribadi dan fail komen group Ilmiah 2008 ialah:
1) Laporan bertulis Latihan Ilmiah 2008.
2) Rancangan pengajaran harian.
3) Komen daripada Hajah untuk peribadi dan rakan-rakan.
4) Komen peribadi untuk rakan-rakan.

InsyaAllah, semoga ianya akan mendatangkan manfaat dan kebaikan buat kita semua. Ameen...


Friday, November 28, 2008

DIARI 39: GERAK KERJA NUKILAN KOMEN BUAT RAKAN-RAKAN GROUP ILMIAH 2008

"Zoom In

Antara gerak kerja terakhir yang telah diamanahkan oleh penyelia terhadap saya dan rakan-rakan group Ilmiah 2008 ialah menukilkan komen dan kriktikan yang membina terhadap hasil gerak kerja blog pengajaran dan pembelajaran (p&p) masing-masing. Gerak kerja ini hendaklah disempurnakan selewat-lewatnya pada hari ini (Jumaat 28 November 2008). Segala komen dan kritikan mestilah dilakukan dengan seikhlasnya bagi membina jati diri mahasiswa yang beramanah dan ikhlas di dalam melaksanakan sesuatu tugas. InsyaAllah...


Thursday, November 27, 2008

DIARI 38: DISEBALIK TABIR GERAK KERJA FASA TERAKHIR

Gerak kerja fasa terakhir telah dilakukan dengan sebaik mungkin mengikut perancangan yang telah ditetapkan. Terdapat pelbagai kenangan dan cabaran yang harus didepani namun inilah ujian yang akan menentukan ketabahan atau kekuatan jasmani, emosi, rohani dan intelektual (JERI) seseorang individu. Di sini saya ingin berkongsi dengan kalian semua tentang beberapa coretan kenangan saya bersama rakan-rakan semasa menyiapkan laporan bertulis projek Latihan Ilmiah 2008 seharian di sekitar kawasan Fakulti Pendidikan.


"Berkelana Di Sebelah Makmal Komputer"


"Santapan Nasi Ayam UBE"


"Berkelana Di Lorong Perpustakaan"


"Pembantu Setia Yang Sentiasa Terpateri Di Jari"


Wednesday, November 26, 2008

ULANGKAJI 9 STANDARD PEMIKIRAN

Terdapat sembilan (9) standard pemikiran yang yang telah digunakan untuk menilai dan menganalisis sesebuah laman web yang berkaitan dengan tajuk masing-masing. Antaranya ialah:

Kriteria kejelasan merujuk kepada sejauh mana penaakulan tersebut dapat difahami dengan huraian atau penerangan yang jelas dan contoh-contoh yang dapat menerangkan penaakulan tersebut. Soalan-soalan di sini termasuklah ”bolehkah kita menerangkannya dengan lebih lanjut?, Bolehkah kita memberikan contoh-contoh yang memudahkan kita memahaminya.

Kriteria ketepatan pula merujuk kepada sejauh mana penaakulan tersebut bebas daripada ralat. Penaakulan tersebut seharusnya boleh ditentukan sama ada ia benar atau tidak. Soalan-soalannya termasuklah ’Bolehkah kita mengesahkan kebenarannya? Bagaimana kita boleh pastikan bahawa ia benar?

Kriteria keterperincian merujuk kepada sejauh mana penaakulan dijelaskan secara terperinci. Kriteria ini lahir hasil dari kesedaran bahawa kita memerlukan maklumat yang terperinci dan khusus untuk memudahkan kita memahami sesuatu.

Kriteria logik pula merujuk kepada sejauh mana penaakulan kita munasabah dan boleh diterima.

Kriteria relevan berkaitan dengan isu sejauh mana maklumat itu relevan dengan isu yang ditangani.

Kriteria mendalam dan luas juga berkaitan dengan kecukupan maklumat di mana kriteria mendalam merujuk kepada sejauh mana kita telah mengambil kira semua kompleksiti yang berkaitan dengan isu yang ditaakul. Soalan-soalan seperti apakah kesukaran atau masalah yang berkaitan dengan isu ini yang perlu dipertimbangkan, apakah antara kompleksiti yang perlu dipertimbangkan berkaitan dengan isu ini?.

Manakala kriteria signifikan sama ada penaakulan kita cukup luas merujuk kepada sejauh mana kita telah memikirkan isu tersebut dari pelbagai sudut pandangan atau dilihat dari beberapa cara yang berbeza.

Akhir sekali kriteria adil merujuk kepada sejauh mana kita bebas daripada kepentingan peribadi atau bias kepada sudut pandangan yang tertentu.

Rujukan:
Aplikasi pemikiran kritikal dalam penggunaan bahan yang diakses daripada internet.
(Dr. Siti Fatimah Mohd Yassin dan Dr. Saemah Rahman)


Tuesday, November 25, 2008

DIARI 37: PEMBENTANGAN PROJEK LATIHAN ILMIAH 2008 SESI II

"Pembentangan Projek Latihan Ilmiah 2008"
"Sesi Kedua"

Hari/Tarikh:
Jumaat (28 November 2008)

Tempat:
Makmal Komputer,
Fakulti Pendidikan

Masa:
8.30 pagi - 12.00 tengahari

Selamat maju jaya buat rakan-rakanku. Best of Luck!!


DIARI 36: GERAK KERJA FASA UTAMA (TERAKHIR)

Gerak kerja fasa utama (terakhir) projek Latihan Ilmiah 2008 sedang giat dilaksanakan setelah pembentangan sesi pertama dilakukan pada hari Jumaat yang lalu. Antaranya ialah:

1) Penambahbaikan laporan bertulis yang lengkap berdasarkan format yang telah diberikan.

2) Penambahbaikan blog p&p yang memenuhi semua ciri atau kriteria standard pemikiran.

3) Analisis lengkap 50 laman web yang berkaitan. Ianya merangkumi analisis setiap kriteria bagi semua laman web yang telah dinilai dan analisis bagi semua laman web secara keseluruhan.

Laporan bertulis yang lengkap dan blog p&p yang telah disiapkan akan dihantar selewat-lewatnya atau pada hari Jumaat (28 November 2008). InsyaAllah...


DIARI 35: KOMEN PERIBADI BUAT RAKAN-RAKAN GROUP ILMIAH 2008

"Berani Untuk Gagal"
"Mampu Untuk Berjaya"

Segala komen membina dan cadangan penambahbaikan daripada pihak saya kepada rakan-rakan Ilmiah 2008 akan dilakukan di dalam email yahoo group Ilmiah 2008 melalui folder individu masing-masing. Saya juga turut mengalu-alukan komen yang membina dan cadangan daripada kalian semua terhadap gerak kerja yang telah dilakukan. Semoga ianya akan mendatangkan manfaat dan kebaikan buat kita bersama. InsyaAllah...


Monday, November 24, 2008

DIARI 34: LUAHAN KOMEN PENYELIA SESI I

Terdapat banyak komen membina, cadangan penambahbaikan, teguran dan nasihat yang telah diluahkan oleh penyelia (Dr. Siti Fatimah Mohd Yassin).

Antara komen individu dan komen umum adalah seperti berikut:

1) Rujukan laporan dan rujukan bahan-bahan atau maklumat blog p&p mestilah diperolehi daripada sumber yang berautoriti (terdapat kepakaran dan keutamaan yang tersendiri dan penulis atau maklumat dapat diyakini dan sahih).

2) Blog utama iaitu blog p&p mestilah memenuhi atau menepati semua kriteria standard pemikiran berdasarkan analisis 50 laman web yang berkaitan dengan tajuk p&p.

3) Laman-laman pertubuhan atau organisasi Islam mestilah dipautkan di dalam blog p&p seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Ianya dapat dijadikan sebagai rujukan yang berautoriti dan panduan tambahan maklumat yang berkaitan.

4) Rujukan sumber bahan atau maklumat blog p&p mestilah dijelaskan untuk memberikan keyakinan kepada khalayak umum. Contohnya nama penulis, judul artikel atau buku dan tahun.

5) Sumber bahan atau maklumat blog p&p dan laporan bertulis mestilah diletakkan di dalam laporan (bahagian rujukan).

6) Kajian dan analisis terhadap 50 laman web yang berkaitan mestilah dilakukan secara terperinci berdasarkan semua kriteria standard pemikiran. Ulasan bagi setiap item yang tidak menepati salah satu atau sebahagian atau semua kriteria tersebut mestilah dijelaskan di dalam blog analisi masing-masing (blog pautan laman web yang berkaitan) dan rumusannya mestilah dijadikan sebagai maklumat laporan bertulis (bahagian pernyataan masalah).

7) Maklumat pembentangan melalui 'power point' mestilah mempunyai paparan maklumat yang ringkas dan padat.

8) Integrasi antara laman web atau blog dengan proses pengajaran dan pengajaran (p&p) mestilah berlandaskan kepada aspek kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif (KBKK), bahan bantu mengajar (BBM) yang sesuai dan interaktif (ICT) dan pelbagai kaedah mengajar yang melibatkan guru dan pelajar. Ianya dapat diaplikasikan melalui set rancangan mengajar harian (RPH).

9) Blog p&p mestilah dianalisis berdasarkan semua kriteria standard pemikiran dan ianya mestilah merangkumi atau menepati semua kriteria tersebut. Penambahbaikan tersebut akan dapat dilakukan melalui maklumat pernyataan masalah yang diperolehi daripana analisis terhadap 50 laman web yang berkaitan. Semua kriteria yang terdapat di dalam blog p&p mestilah diterjemahkan melalui 'print screen' dan huraian yang terperinci berdasarkan penilaian yang telah dilakukan (dapatan kajian).

Seterusnya, antara pesanan dan nasihat penyelia terhadap gerak kerja projek Latihan Ilmiah 2008 ialah:

1) Jati diri dan pendirian hidup mestilah tetap dan utuh sebagai manifestasi kualiti guru Pendidikan Islam dan al-Quran yang mempunyai pelbagai kemahiran khususnya di dalam bidang teknologi maklumat.

2) Elakkan diri berada di dalam zon selesa dan sentiasa aplikasikan kemahiran yang diperolehi di dalam proses p&p.

3) Aplikasikan nilai-nilai murni yang diperolehi daripada pengalaman dan cabaran gerak kerja projek Latihan Ilmiah 2008.

4) Potensi diri mestilah digilap senantiasa seiring perkembangan pendidikan semasa.

5) Tindakan atau gerak kerja mestilah dilakukan dengan segera berdasarkan komen-komen yang diperolehi.

Saya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada penyelia dan rakan-rakan group Ilmiah 2008 di atas komen yang membina dan cadangan penambahbaikan yang sangat berguna untuk merealisasikan pencapaian projek Latihan Ilmiah 2008 pada tahap yang terbaik. InsyaAllah & ameen...


DIARI 33: POST-MORTEM PEMBENTANGAN PROJEK LATIHAN ILMIAH 2008 SESI I

"Jom Tengok Post-Mortem dan Resolusi Utama!!"

Pembentangan projek Latihan Ilmiah 2008 sesi pertama telah dijalankan pada hari yang telah ditetapkan sebagaimana yang telah dirancangkan oleh penyelia (Dr. Siti Fatimah Mohd Yassin). Pembentangan tugasan individu telah dilakukan oleh lapan (8) pelajar sahaja iaitu Mohd Fadhil, Azizul Taher, Mustapha Mahmud, Azhar Sidek, Nafsah, Suriani, Nadzirah dan saya sendiri (Mohd Kushairi). Setiap pelajar diberikan masa sebanyak 15 minit sahaja yang merangkumi pembentangan laporan keseluruhan, blog p&p dan beberapa item utama yang terdapat di dalam format laporan.

Terdapat banyak komen dan cadangan penambahbaikan yang telah diluahkan oleh penyelia (Dr. Siti Fatimah Mohd Yassin) terhadap hasil pembentangan yang telah dilakukan berdasarkan kepada format laporan dan aspek-aspek yang dikehendaki oleh beliau. Segala komen dan cadangan tersebut hendaklah dibaiki dengan secepat mungkin bagi menyempurnakan tugasan projek Latihan Ilmiah 2008 yang lengkap sebagaimana yang telah ditetapkan.

Antara resolusi utama pembentangan pada hari tersebut ialah:
1) Laporan yang lengkap dan tepat berdasarkan format laporan yang telah ditetapkan mestilah dihantar selewat-lewatnya atau pada hari Jumaat (28 November 2008).
2) Tugasan utama iatu blog p&p mestilah memenuhi semua ciri atau kriteria standard pemikiran berdasarkan analisis 50 laman web yang berkaitan dengan tajuk p&p masing-masing.
3) Setiap komen individu mestilah diluahkan di dalam blog refleksi masing-masing dan komen terhadap rakan-rakan group Ilmiah 2008 mestilah dilakukan di dalam yahoo group Ilmiah 2008.

Segala kesilapan atau kekurangan laporan projek Latihan Ilmiah 2008 dan penambahbaikan blog p&p serta tugasan atau arahan tambahan akan dilaksanakan dengan secepat mungkin. InsyaAllah.


Thursday, November 20, 2008

DIARI 32: PEMBENTANGAN PROJEK LATIHAN ILMIAH 2008 SESI I

"Pembentangan Projek Latihan Ilmiah 2008"
"Sesi Pertama"

Hari/Tarikh:
Jumaat (21 November 2008)

Tempat:
Makmal Komputer,
Fakulti Pendidikan

Masa:
8.30 pagi - 12.00 tengahari


Semoga segala usaha dan gerak kerja projek Latihan Ilmiah 2008 ini akan diberkati dan dirahmatiNya. Saya hanya mampu berserah dan bertawakal kepada Allah s.w.t setelah berusaha dengan sedaya mungkin untuk melakukan yang terbaik sebagaimana yang ditetapkan oleh penyelia (Dr. Siti Fatimah Mohd Yassin dan Dr. Saemah Rahman) dan matlamat yang saya impikan selama ini. Semoga segala-galanya akan dipermudahkanNya. "Aku bermohon padaMu ya Allah..."