Thursday, November 20, 2008

DIARI 31: LAMAN METAKU


LAMAN METAKU

http://www.3metaku.com


"MERANCANG + MEMANTAU + MENILAI"


DIARI 30: TAMAN ILMU DAN BUDI

"Taman Ilmu Dan Budi"

Konsep Taman Ilmu dan Budi bertujuan untuk memupuk budaya berpengetahuan dan menjadi perantara kepada khalayak umum dengan melayarkan delegasi paparan ilmiah dan intelektual kearah melahirkan mukmin yang bersahsiah dan mempunyai nilai–nilai murni. Ini sejajar dengan saranan dan ajaran Islam untuk menyuburkan budaya budi pekerti dan etika kehidupan yang tersusun.

Konsep ini diterapkan di dalam rangka penulisan blog tugasan 3 iaitu blog laman-laman web yang berkaitan (Laman Nurani) dan blog tugasan 4 iaitu blog tajuk Projek Latihan Ilmiah 2008 (Akidah Muslim Teras Pegangan Hidup). InsyaAllah ianya akan dapat dijadikan sebagai medan paparan bahan dan maklumat untuk kita semua. Aja-aja fighting!!


DIARI 29: BLOG 4 (AKIDAH MUSLIM)

TUGASAN 4

Blog Tajuk Projek Latihan Ilmiah ‘08:

Akidah Muslim Teras Pegangan Hidup

http://akidahmuslim.blogspot.com


Laman blog “Akidah Muslim Teras Pegangan Hidup” merupakan projek utama Ilmiah 2008 yang telah diamanahkan untuk direalisasikan sebagai laman yang akan dapat menyediakan pelbagai bahan maklumat yang terkini dan interaktif. Hal ini bertepatan dengan pengkhususan bidang pengajian yang dipelajari dan laman ini akan dapat direalisasikan sebagai paparan ilmiah yang dapat membantu khalayak umum untuk menimba ilmu pengetahuan tentang asas akidah Islam sebagai teras pegangan hidup. Salam kejayaan!!


DIARI 28: BLOG 3 (LAMAN NURANI)

TUGASAN 3

Blog Laman-laman Web Yang Berkaitan:

"Laman Nurani"

http://ilmiah08alongkushairi.blogspot.com


Laman blog “Laman Nurani” merupakan salah satu projek Ilmiah 2008 yang telah diamanahkan untuk direalisasikan sebagai laman yang akan dapat menyediakan bahan dan maklumat tentang laman-laman web yang berkaitan dengan tajuk yang telah dipilih. Ianya bertepatan dengan pengkhususan bidang pengajian yang dipelajari dan laman ini akan dapat direalisasikan sebagai wadah dan tautan ilmiah yang dapat membantu khalayak umum untuk menimba ilmu pengetahuan tentang asas akidah Islam sebagai teras pegangan hidup daripada pelbagai laman web yang berkaitan. Salam kejayaan!!


DIARI 27: BLOG 2 (DIARI REFLEKSI)

TUGASAN 2

Blog Refleksi Projek Latihan Ilmiah ’08:

"Diari Refleksi"

http://ilmiah08erina.blogspot.com


Laman blog “Diari Refleksi” merupakan salah satu projek Ilmiah 2008 yang telah diamanahkan untuk direalisasikan sebagai laman yang akan dapat melakarkan segala gerak kerja dan refleksi yang telah dilalui selama tugasan ini dijalankan. Segala maklumat yang akan dipaparkan merupakan hasil gerak kerja latihan ilmiah individu, bimbingan dan tunjuk ajar penyelia serta perbincangan bersama rakan-rakan Ilmiah 2008. Salam kejayaan!!


DIARI 26: BLOG 1 (DIARI INSANI)

TUGASAN 1

Blog Peribadi:

"Diari Insani"

http://alongkushairi.blogspot.com


Laman blog “Diari Insani” merupakan salah satu projek Ilmiah 2008 sebagai catatan diari harian dan kenangan yang ingin dikongsi dengan rakan-rakan blog sebagai wadah perkongsian ilmu dan maklumat serta medium alternatif sebagai simbolik tautan ukhwah dikalangan rakan-rakan alongkushairi. Terdapat juga beberapa maklumat peribadi, luahan hati dan pelbagai gerak kerja seharian alongkushairi. InsyaAllah segala perkongsian maklumat dan luahan ini akan menjadi salah satu medan latihan alongkushairi untuk berusaha menjadi hamba yang bertaqwa disisiNya. Ameen…


DIARI 25: LAMAN BLOG PEMILIK PENA

Tugasan individu telah dapat disiapkan setelah melalui beberapa fasa perubahan dan penambahbaikan. Oleh itu, penyelia (Dr. Siti Fatimah Mohd Yassin dan Dr. Saemah Rahman) dan rakan-rakan group Ilmiah 2008 dialu-alukan untuk melayari blog-blog tersebut. Antara laman blog tersebut ialah:

1) Blog Peribadi:
Diari Insani
http://alongkushairi.blogspot.com

2) Blog Refleksi Projek Latihan Ilmiah 2008:
Diari Refleksi
http://ilmiah08erina.blogspot.com

3) Blog Laman-laman Web Yang Berkaitan:
Laman Nurani
http://ilmiah08alongkushairi.blogspot.com

4) Blog Tajuk Projek Latihan Ilmiah 2008:
Akidah Muslim Teras Pegangan Hidup
http://akidahmuslim.blogspot.com

Maklumat tambahan:
• Semua alamat blog yang dipaparkan di atas merupakan laman blog yang dapat digunakan dan dilayari dengan sebaik mungkin. Oleh itu, alamat blog selain daripadanya adalah terbatal dan tidak dapat digunakan lagi.
• Segala komen, cadangan dan kritikan membina amatlah diharapkan. Terima kasih.


Wednesday, November 19, 2008

DIARI 24: FASA GERAK KERJA LAPORAN BERTULIS

"Fasa Gerak Kerja Laporan Bertulis Latihan Ilmiah"

Fasa gerak kerja laporan bertulis sedang hangat dijalankan setelah berakhirnya peperiksaan akhir bagi semester ini. Tambahan pula, penyelia (Dr. Siti Fatimah Mohd Yassin) telah "mengedarkan" format laporan bertulis Latihan Ilmiah yang lengkap melalui email yahoo group Ilmiah 2008 baru-baru ini. InsyaAllah fasa gerak kerja ini akan diteruskan dengan sebaik mungkin kerana tarikh pembentangan projek latiahn Ilmiah 2008 pada hari Jumaat (21 November 08) di Fakulti Pendidikan di hadapan penyelia bersama rakan-rakan seperjuangan. Salam kejayaan!!


RANCANGAN MENGAJAR

Anda boleh buat untuk tempoh 2 hingga 4 waktu atau lebih mengikut kesesuaian tajuk. Sila rujuk sukatan pelajaran mata pelajaran masing-masing. Anda perlu berfikir di kotak.

Anda perlu kreatif memikirkan usaha pengintegrasian blog P&P anda dan sumber maklumat laman web dalam rancangan mengajar. Ia berdasarkan pengalaman anda mengajar di sekolah dulu. Walaupun tidak diimplementkan tetapi anda perlu membayangkan jika diimplimenkan.

Rancangan mengajar ini mesti memperlihat pengintegrasian ICT dan kemahiran berfikir dalam Pendidikan Islam / al-Quran.

Daripada: Dr. Siti Fatimah Mohd Yassin


FORMAT LAPORAN BERTULIS LATIHAN ILMIAH

TAJUK

Nama pelajar

No pelajar


Pengenalan

{perenggan 1: penggunaan Internet dalam Pendidikan Islam/Pendidikan AlQuran. Disokong dengan satu sumber rujukan – dari kertas kerja seminar/jurnal}

{perenggan 2: kemahiran berfikir dalam pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Islam/AlQuran. Sumber rujukan dari sukatan pelajaran / buku teks yang digunakan.}.

{Perenggan 3 : perihalkan latar belakang pengajaran dan pembelajaran tajuk yang anda pilih}


Penyataan Masalah

{2-3 perenggan: Kemukakan penerangan berdasarkan maklumat yang diperolehi dari penilaian anda berdasarkan 9 kriteria standard pemikiran jumlah (nyatakan jumlah) laman-laman web yang berkaitan dengan tajuk anda. Buat ulasan/komen dari segi kelemahan sumber maklumat. Dan selepas itu kemukakan maklumat dalam bentuk jadual atau graf


Jadual

9 Kriteria

Peratus

Ulasan keseluruhan

K1 ??



K2 ??



K3 ??



K4 ??



K5 ??



K6 ??



K7 ??



K8 ??



K9 ??



{Nyatakan jika ada laman-laman web yang mempunyai 80 peratus criteria yang dinyatakan dan beri alamat laman web sebagai contoh. }

{1 perenggan – menyatakan tujuan anda – untuk membangunkan laman web blog tentang tajuk anda yang mengambil kira 9 kriteria standard pemikiran}


Proses Pembangungan Web Blog

{1 -2 perenggan perenggan – perihalkan proses anda membangunkan laman web blog yang berkaitan dengan tajuk - tidak termasuk blog peribadi, latihan ilmiah dan penilaian web. }


Dapatan Kajian

Kemukakan dapatan kajian – yang merupakan screen capture (printscreen) web site dengan perenggan penjelasan.

Muka hadapan dan alamat blog tajuk

Kriteria 1:

Terangkan dan kemukakan satu contoh skrin yang mengandungi criteria 1

Kriteria 2:

Terangkan dan Kemukakan satu contoh skrin yang mengandungi criteria 2

Buat sehingga criteria 9


Perbincangan dan Cadangan Pengintegrasian dalam P&P

Jelaskan bagaimana anda boleh mengintegrasikan web blog untuk tajuk anda dalam pengajaran dan pembelajaran. Kemukakan set rancangan mengajar pengintegrasian tersebut. Termasuk nama-laman web lain yang boleh dijadikan sumber rujukan


Rumusan

{kemukakan 2-3 perenggan refleksi metakognitif yang anda lalui semasa – menilai laman-laman web berasaskan 9 standard pemikiran; proses pembangunan web blog dan penilaian anda terhadap web blog yang anda bangunkan – anda boleh mendapatkan maklumat ini dari web blog refleksi proses latihan ilmiah anda. Nyatakan peranan anda sebagai guru pelatih dan apakah wawasan anda dalam mengintegrasikan ICT dan kemahiran berfikir dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam dan AlQuran}


Rujukan:

Senaraikan rujukan

Nama pengarang. Tahun. Tajuk artikel/buku.


Daripada: Dr. Siti Fatimah Mohd Yassin